Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Resipi Jus Buah Yang Paling Sukar Dibancuh

Tahukah korang, cara-cara nak hasilkan resipi jus buah delima adalah paling sukar dan mencabar untuk aku buat? Setakat ini aku dah cuba berekperimentasi, tapi belum berjaya dapatkan satu resipi jus buah delima yang ampuh dan power.Ada sekali tu langsung tak boleh telan, kelat dan pahit semacam.Warna pula keruh, tak hitam pekat macam yang aku mahu. Langsung tak sedap.

Kena cuba lagi dan lagi dan lagi…Sampai jadi.

 

Resipi Jus tembikai susu edisi homemade, klik di sini.


Leave a comment

Tak Ramai Jual Jus Buah Naga

Dulu saya terima emel yang bertanyakan resipi jus buah naga. Kata pengirim emel dia bersedia bayar untuk resipi jus buah naga tersebut. Buat ebook resipi jus buah naga. Saya kemudiannya emelkan pada dia resipi jus buah naga itu.Tak perlu bayar pun, saya share percuma saja pada dia tau.

Biasanya untuk pandai buat air atau apa-apa saja jus, boleh refer pada google, kan? Kalau tengok dalam myresipi atau blog-blog masakan,semua resipi ada.Pernah dengar Jus Jimi Asmara?Nak buat jus epal asam boi ala-ala secret recipe?Intai-intai lah blog gadis-gadis yang suka pergi kedai makan dan berselfie dengan gambar makanan dan minuman.Tapi bila nak jual air dalam balang pasar malam tak boleh gitu.You can copy n paste but selalunya tak menjadi.Logikla kan, sukatan di Secret Recipe guna gelas atau cawan yang kecil-berniaga pasar malam balang air besar 2 kali ganda daripada baldi.

Berbalik pada resipi jus buah naga yang diminta sebenarnya mudah saja.Sebab saya sendiri pernah buat air naga ni.Bukan setakat buat minum di rumah, tapi dah pernah jual pun masa bulan puasa.Saya test market.Tapi masa tu tak dapat sambutan hangat.Sebab orang jarang minum jadi ada yang tak tahu pun itu air apa.Buah naga pun tak kenal.Ada juga yang ingatkan itu air keladi,sebab warna purple dah lebih kurang sama.So air naga tu bertahan 3 hari sebelum saya tukar air lain.

Tapi jualan pengirim emel lain ceritanya.Jus buah naga yang dijual sangat laku!Selera penduduk di tempat dia lain dan suka minum jus buah naga.Baguslah tu-rezeki dia murah.Sebab tu tak ramai yang jual jus buah naga.Kena tengok dulu di satu-satu tempat tu hot ke tak jus buah pelik-pelik macam tu. Kadang-kadang jual air bandung cincau pun laku!

Klik sini untuk pandai jual air balang di pasar malam.


Leave a comment

Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014

“Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 merupakan pembiayaan tanpa faedah dengan kelulusan pinjaman sehingga RM3,000,”-sumber berita google.

Secara ringkasnya apa yang saya faham loan ni untuk bantu peniaga pasar ramadan berniaga.Cara bayar sebanyak 2 kali. Perlu ke mohon loan ni untuk berniaga?Sebenarnya boleh saja mohon.Jumlah 3k tu pun tak banyak mana.Kalau first time berniaga, banyak benda perlu dibeli.Modal beli peralatan saja dah berapa. Bayar tapak pasar ramadan pun bukannya murah.So at least loan tu boleh beli macam-macam.Tak termasuk beli baju melayu, songkok baru atau tudung bawal.

Tapi kena pastikan boleh bayar bayar loan tu. Mampu ke tidak bayar balik pinjaman tersebut dalam masa yang singkat. Boleh ke untung meniaga pasar ramadan nanti cover balik duit loan tu?kalau rasa yakin boleh untung banyak, teruskan saja.

 

Klik sini untuk untung banyak dengan jual air di bulan puasa.

 


Leave a comment

Ebook Jus Durian Belanda dan Kedondong Asam Boi Homemade Preorder

Ranking jualan jus saya di pasar malam sekarang dah berubah. Kalau dulu jus kedondong asam boi paling cepat habis, sekarang tidak lagi. Jus kedondong dah jatuh nombor 2. Jus durian belanda homemade pula yang orang ramai suka dan paling untung saya jual.

Sebenarnya jus kedondong asam boi dan durian belanda ni saya dah draft dan tulis separuh.Plan asal nak buat satu ebook lagi.Tapi ada ke orang nak beli kalau ebook resepi jus kedondong asam boi dan durian belanda ni release?

Kalau ada yang berminat emel pada saya sekarang. Saya akan letakkan nama pengirim emel yang berminat dalam pembeli yang bakal diberi diskaun.

Last day untuk harga diskaun  ebook ialah pada 23 Mei 2014. Maknanya sesiapa yang ada nama dalam list tu tak perlu bayar sekarang, bila dah release ebook saja baru buat pembelian.

Harga prelaunch Ebook tersebut ialah RM30. Terhad kepada 30 pembeli terawal sahaja! So emel saya di mizzan11@gmail.com sekarang supaya tak terlepas peluang!

Mengapa perlu jual 2 jenis jus di atas bulan puasa nanti? Baca entry saya sebelum-sebelum ni untuk tau. Saya pasti ia akan laris!

Antara kandungan ebook tersebut adalah:

*Resepi jus kedondong asam boi (panduan step by step bergambar)

-berapa kilo kedondong, berapa paket asam boi digunakan untuk hasilkan jus yang sedap dan digilai ramai.Buat segelas jus kedondong asam boi memang mudah, tapi kalau satu balang pasar malam tu berapa sukatan perlu digunakan? 

-Di mana nak beli semua bahan resepi jus tu? Buah kedondong susah nak nak jumpa di pasaran.Tapi saya akan bagitau lubuk bekalan buah kedondong yang selalu beli. Anda start enjin kereta terus pergi ke tempat yang saya maksudkan itu dengan mudah.

-Tip dan petua hasilkan kedondong yang sedap..Terlepas baca bab ni anda akan tersalah buat jus kedondong asam boi.Jus yang anda jual akan jadi tak sedap, kelat gila dan bergetah! Siapa yang nak beli kalau jus tak sedap gitu? Baik minum air sirap.

-Peralatan..Untuk menjamin jus kedondong asam boi anda sedap, anda perlukan satu peralatan rahsia yang sangat penting dan Wajib ada. Peralatan tersebut murah saja, harga tak sampai RM5 pun.Hanya bakal pembeli ebook saja tau rahsia ini.   

Tak sabar nak tunggu ramadan..saya nak tengok tahun ni siapa lagi cempien. Mana lagi handal. Jus durian belanda selaku pendatang baru atau jus kedondong asam boi kembali menyengat dalam masa 1 jam dah habis licin macam tahun-tahun lepas. Baru seronok kira duit!

jus kedondong asam boi


Leave a comment

Air Balang Yang Tak Habis Nak Buat Apa?

Ini soalan emel yang saya terima daripada seorang pembeli ebook. Dia nak berniaga tapi tak tahu selok belok berniaga langsung. Tahun ni dia nekad nak try jual air di pasar ramadan. Semangat nak mencuba macam  tu kita kena respek. So dia beli ebook saya then sehari kemudian dia tanya soalan. Berderet-deret punya soalan, tapi tak ada hal semua saya jawab.

Antara soalan dia yang menarik perhatian saya seperti di tajuk posting ” Air balang yang tak habis nak buat apa?… Boleh ke simpan dalam peti sejuk, esok jual semula?”

So saya share di sini ok…

Kalau air balang yang dijual tu habis, dah buat promosi potongan harga gila-gila contoh 3 bungkus RM1 pun tak jalan juga, senang saja sedekah pada peniaga sebelah menyebelah. Simpan dalam peti sejuk paling kuat pun masa sahur masih boleh minum lagi air tu.Tapi kalau nak jual semula, TAK BOLEH dah…Terlalu lama. Jus tu dah tak fresh.Dah tak rasa jus nanti.Cuma rasa manis air gula.Kalau pelanggan sakit perut lagi la kita susah, kan?

Andainya banyak sangat air balang yang tak habis, sedekah air pun dah buat, tak ada cara lain selain buang saja semua air tu ke dalam longkang.Itu bukan rezeki kita untuk hari itu. Try esok pula. Kena sabar.Orait?

Klik sini untuk belajar buat air yang confirm laku di bulan puasa!  


1 Comment

Jual Jus Durian Belanda Homemade

Kalau dikira bab jual air, sebut apa jenis air yang belum pernah aku jual. Dari air biasa-biasa main bancuh gitu aje macam air bandung cincau, laici, oren sampai la ke jual air kelapa dan air tebu. Kerja senang main tuang pati atau kordial terus masuk balang.Tapi sales biasa-biasa je.

Bila dah mula jual jus, kerja senang-senang gitu aku tinggalkan. Kena susah payah la sikit nak blend buah dekat rumah lepas tu baru bawa niaga. Ada orang sarankan pada aku baik jual ice blended terus di pasar malam. Sama juga nak kena blend bagai. Tapi aku tak nak. Sebab kena beli generator. Mahal. Kena beli blender heavy duty lagi. Pun mahal juga. Sebenarnya aku lagi selesa berniaga ikut style sendiri. Kalau boleh guna blender murah, buat apa beli yang lagi mahal?Sales berniaga so far so good.

Sabtu lepas aku menerai jual jus yang belum pernah aku jual iaitu jus durian belanda. Aku nak uji taste pembeli sedap ke tak jus durian belanda homemade yang aku buat tu. Of course la aku dah test rasa sendiri sebelum jual. Dah minum masa blend kat rumah dan  jus durian belanda tu actually sedap! Memang best pekena minum jus durian belanda dalam keadaan cuaca yang panas dan kering begini. Patutla ramai yang beratur beli jus durian belanda ni di pasar malam. Cuma tak tau apa reaksi orang lain pada jus homemade terbaru dari aku ni.

Lokasi pasar malam tempat aku berniaga di kawasan luar bandar. Bukan pasar malam area lembah klang. Aku ni ibarat orang nomad bila berniaga pasar malam. Main redah mana-mana pasar malam yang aku nak. Aku jual 1 cup jus durian belanda tu RM2. Tak main singgit-singgit ni. Tak padan harga singgit tu dengan jus durian belanda yang katanya banyak khasiat. Tak percaya try google. Jus durian belanda homemade aku laris! Laku sangat-sangat dan tiada seorang pun yang komplen jus tu mahal. Yang paling penting tak ada yang komplen tak sedap, kurang durian ke, kurang belanda ke. Semuanya ok secukup rasa!

So moral of the story ( eh, sejak bila ada cerita moral dalam blog aku ni?), kalau rasa ada produk baru nak dipromosikan, jual saja. Jangan takut try and error. Jangan takut rugi. Berapa sen sangat la kerugian tu berbanding untung yang akan kau dapat kalau ia laris? Take a risk bro..

Klik sini kalau nak pandai buat 9 jus paling laku di pasar ramadhan & pasar malam!


Leave a comment

Jual Roti, Pizza & Pau Homemade Pasar Malam

Pernah test makan roti homemade di pasar malam? Pernah makan pizza homemade pasar malam? Rugi la kalau tak pernah rasa. Dah la pizza dia sedap. Tak kedekut isi. Roti dan pau pulak gebu dan lembut semacam. Harga pun murah.Ye la…tiada cukai atau GST bagai.

Sebenarnya jual roti, pizza dan pau homemade pasar malam lebih bagus dan untung  berbanding berniaga pelbagai  jenis makanan lain. Selalunya cuma ada seorang jual roti, pizza & pau homemade atau paling ramai pun 2 orang. Kalau nasi ayam…nasi beriani….ayam goreng atau bihun sup ada dekat 4-5 orang sekali berniaga. Ramai.

Jadi penjual roti, pizza dan pau homemade senang-senang je tarik pelanggan. Kuasai pasaran pasar malam. Dia tak ada pesaing lain. Untung. Tapi kena buat sedap-sedap. Tak pandai boleh belajar. Tak semestinya perlu kursus bayar mahal-mahal untuk pandai buat bun, pizza & pau homemade tu. Kat sini pun boleh pandai kalau follow step by step. 

Ada sekali tu saya datang nak beli pau kacang merah kat sorang brader ni tapi dah habis. Baru pukul 7.50 pm tapi dia dah nak kemas barang.Inti kacang merah brader ni banyak. Melimpah ruah. Pau lembut dan gebu sangat. Itu yang selalu cepat habis. Lagi best kalau kita sendiri yang pergi  jual roti, pizza & pau homemade pasar malam.

So kalau tak pandai masak nasi ayam atau masakan lain tapi masih nak niaga pasar malam tak apa. Jual roti, pizza & pau homemade pun boleh untung. Boleh sold out!

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.