Tulis Tangan Kiri

Jual Air Tebu:-Tip Bisnes Air Tebu

13 Comments

Suka minum air tebu?Aku agak mesti ramai yang suka benor minum air tebu terutama masa cuaca panas. Kalau pergi pasar malam, gerai air tebu biasanya tak banyak. Kadang-kadang cuma ada sorang dua penjual air tebu. Pembeli setia pulak ramai.Penuh gerai dengan pelanggan. Sebab tu la peniaga air tebu tak tergugat dengan saingan maha dahsyat daripada penjual-penjual air biasa.

Kalau air tebu di pasar malam popular tahap dewa cenggitu, untung jual air tebu mestilah banyak, kan?

Kalau untung jual air tebu sangat-sangat lebat,mengapa pula tak ramai yang jual air tebu?

Tak seramai orang jual air soya?Ice blended?Air balang?

Untuk sesiapa yang bercadang-cadang nak niaga air tebu bulan puasa tahun ni, take note ya..hope this entry boleh la bagi guide kat korang.Biar aku tolong jelaskan okeh…

Mesin Air Tebu Mahal Gilos!

Mesin air tebu di Malaysia sangat mahal macam beli berlian dan intan permata. Rate harga mesin tebu lebih kurang 1.5k-2k..Harga sekarang tak pasti (Minta tolong dengan Google utk maklumat harga). Dengan harga membunuh macam tu, tak hairan la ramai yang fikir banyak kali untuk beli mesin air tebu dan bergelar usahawan air tebu. Baik beli balang air kaca pasar malam tu banyak-banyak dan jual air biasa-biasa je kan?

Zero Knowledge Tentang Mesin Air tebu dan Keselamatan
Jangan ingat bila korang beli mesin air tebu, manual atau buku panduan tentang cara-cara guna mesin air tebu dengan betul disertakan sekali.Tarak okeh…Ini langsung tak sama dengan korang beli mesin basuh panasonic auto. Jadi bila dah beli, kena berani try operate mesin tersebut.Tokey yang jual mesin air tebu tu pun kadang-kadang tak reti guna.”Saya jual mesin maa,bukan jual air tebu”..ayat biasa diorang.
Diwajibkan cuba berkali-berkali sebelum mula berniaga.Biasakan diri dengan mesin tu.Bila dah start niaga terutamanya di pasar ramadan, korang akan busy gilos sebab pelanggan ramai.Tengah suasana kelam kabut tu, tiba-tiba la kann hampas tebu sangkut kat pemerah.Mesin tak jalan. Stop tiba-tiba..Hilang jari n boleh hancur tangan korang kalau main jolok macam tu saja.Safety kena jaga!Mesin air tebu memang agak bahaya untuk yang zero knowledge.
Transport Untuk Angkut Mesin Air Tebu
Cuma ada 3 kenderaan saja yang sesuai untuk angkut mesin tebu iaitu lori, van dan motor roda tiga. Mesin yang berat dan sebesar anak gajah begitu tak muat dalam bonet kereta.Memang tak sesuai.Nak angkat dan pikul sendiri?Boleh,boleh-kalau anda seorang Badang atau kuat macam Popeye.
Bekalan Tebu
Paling tak best dan susah ialah nak cari bekalan tebu.Setakat nak niaga sekejap-sekejap tak ada hal.Tapi untuk 1 bulan puasa memang bermasalah.Pembekal tebu biasanya dapatkan tebu dari ladang di Jelebu.
Mereka ni akan pajak ladang tebu tokey cina dan akan hantar bekalan tebu ikut order dari pelanggan.Kena order banyak sekaligus,berikat-ikat tebu. Barulah depa nak layan dan sanggup hantar tebu ke rumah kita.Kalau tak, mereka akan bagi alasan lori rosak, tak ada pekerja nak potong tebu laaa..Harga tebu pun tak tetap.Sekejap saja murah,mahal memanjang time puasa. Tension jugak la.Alteratif lain tak nak bagi kena main dengan drakula-drakula tebu ni, cari tebu di kawasan kampung.Murah sikit..Tapi kena potong tebu tu sendiri kalau tuan tebu busy.
Kupas Kulit Tebu Tak Semudah Kupas Kulit Bawang
Ya tuan-tuan…Kudrat anda sekuat seladang bunting?Jadi pasti tak ada masalah nak kupas kulit tebu semua tu.Setakat 15-20 ikat tebu nak kena kupas dalam cuaca terik,tekak kering sebab dahaga dan perut berbunyi sebab lapar berpuasa, apa ada hal, ye tak?
So itulah di antara masalah dan cabaran menjadi peniaga air tebu. Lain-lain masalah aku ada cite kat sini.
Kalau dapat lepas halangan ni semua, gerenti korang boleh untung besar penuh tamak haloba.heh..
Gud Luck!

13 thoughts on “Jual Air Tebu:-Tip Bisnes Air Tebu

  1. aku tanam aku jual.untung gila bea…..

  2. tumpang lalu..sesiapa yg inginkn stok tebu,untuk pgetahuan tebu masih byk lg..gred a saje.lokasi kota damansara,pengantaran tiada,.min 10ikat sekali amek..no.0136035914

  3. as salam…

    sesiapa yang ingin mencari stok tebu??inshaaAllah saya ada…sesiapa yang berminat bole hubungi saya 0108960046..area tanjong karang,kuala selangor, shah alam dan klang….

  4. saya ada kawan punya ladang tebu di jelebu…hubungi no ni 0173261609 untuk bekalan tebu bermutu

  5. salam..sesiapa mencari bnih atau tebu kwasan utara boleh contact saya. saya dri kawasan sik, kedah… aznan:0145039229

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.