Tulis Tangan Kiri

Set Lampu Bateri Atau Generator Pasar malam / Tip Bisnes Pasar Malam

6 Comments

Wajib ke guna generator bila berniaga pasar malam?

Tak wajib- jika penganjur pasar malam/bazar dah sediakan elektrik untuk semua peniaga. Biasanya downtown/uptown atau bazar yang happening semua penganjur dah sedia.Bukan takat elektrik, kanopi pun tak perlu susah-susah korang nak usung lagi. Lebih space dalam kenderaan masing-masing bila benda-benda berat cenggitu ditinggalkan di rumah. Tapi sangat jarang penganjur pasar malam di Malaysia sediakan semua utiliti dan kelengkapan.

Dah tu camne nak bagi gerai terang tanpa guna generator?

Boleh saja …untuk peniaga newbie pasar malam, aku syorkan jangan fikirkan sangat pasal nak beli generator. Paling murah generator pasar malam dalam rm350…Jenama dan Made in China or Taiwan. Jangka hayat penggunaan generator yang murah macam ni agak singkat. Gunakan duit anda sebanyak itu untuk peralatan lain yang lebih utama. Jangan beli generator pasar malam dulu.

Beli bateri kereta lama (second hand) di mana-mana kedai. Biasanya bateri kereta second hand akan dijual dengan harga RM50 sahaja. Tapi pastikan korang bagitau tokey kedai tersebut untuk apa bateri itu akan digunakan. Cakap terus terang nak guna untuk pasar malam. So tokey kedai tersebut akan check terlebih dulu bateri mana yang dah cukup power untuk support lampu pasar malam selama lebih kurang 3 jam. Bila bateri dah lemah dan kurang power,datang semula ke kedai bateri itu dan tukarkan dengan bateri yang lain yang telah dicas sepenuhnya. Ulang cara ini sampai la korang dah cukup bajet untuk beli generator yang agak ok dan tahan lama (contoh Yamaha).

Bateri dah ada kan? So sekarang pergi beli set lampu bateri di kedai lain. Harga satu set lampu bateri kereta dalam rm16.Terpulang pada masing-masing nak guna lampu panjang (kalimantang) atau pun bulat. Bila dah ada set lampu ni barulah korang klip kan ke bateri 2nd tu.Then pling! Dah terang! Kalau start guna dari pukul 7pm sampai 9.30pm, lampu di gerai korang  still tak akan padam.

So tiada lagi halangan untuk sesiapa saja yang nak berniaga pada waktu malam. Try la tip di atas tu!

About these ads

6 thoughts on “Set Lampu Bateri Atau Generator Pasar malam / Tip Bisnes Pasar Malam

  1. Salam,

    Leh x guna bateri kareta untk supply elektrik untk blender ais blended di pasar2 tani?

  2. Leh x guna bateri keta untk supply elektrik blender ice blended kt pasar2 tani?

  3. Bro kalau bateri dah weak time tukar kt tokey tu kena bayar rm50 lg ker.? tq

  4. nak beli generator? harga RM1200 (boleh nego lg)
    brand FUJIMURA LT2500B
    rated output 2.0kw
    maximum output 2.2kw..
    baru guna tak lebih 10 kali bersamaan 40 jam pun x sampai.. sehari guna 2-3 jam je..
    dulu buat meniaga ice blended.. skrng ni sy trader ayam n jual tudung plk..
    generator pun berkilat lg..
    kalau berminat hubungi sy 0193694255 – faizal- lembah klang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.