Tulis Tangan Kiri

Untung Jual Air Tebu Di Pasar Ramadhan Part 2

3 Comments

Masalah pertama selesai…Perniagaan berjalan lancar.. Pekerja sementara yang saya upah ditugaskan mengupas kulit tebu. Saya pula mesinkan tebu-tebu yang dikupas tu. Krew-krew lain membungkus air tebu dan melayan pelanggan. Semuanya berjalan baik. Pelanggan pun agak ramai.Walaupun di pasar ramadan tersebut terdapat 4 gerai air tebu(termasuk otai yang guna lori), gerai kami tetap menerima pelanggan. Sekejap saja 6 ikat tebu dimesin dan dapat dijual kepada pelanggan..

Tiba-tiba…..

(bersambung di Part 2…Ini bukan novel atau telenovela bersiri..cuma dah penat menaip..sambung lain kali la ye..hehe)

cerita full klik sini http://mixzan.wordpress.com/2011/07/08/untung-jual-air-tebu-di-pasar-ramadan-part-1/

Tiba-tiba mesin tebu berhenti berfungsi. Awalnya sekadar semput-semput dan keluarkan banyak asap kemudiannya terus mati. Saya cuba hidupkan semula enjin mesin tebu tersebut malangnya tak berjaya.

Apehal lak ni?..Takkan la baru beli dah rosak?..Bila periksa paras minyak petrol masih banyak. Yang spare dalam botol tu pun belum sentuh lagi. Plug jenama Yamaha tu pun masih baru. Atau pun tokey kedai yang jual mesin tebu dah tipu saya? 15 minit saya dalam keadaan bingung. Kawan-kawan lagi la tak tau apa-apa.Walaupun ada yang cuba belek-belek macam mekanik profesional, semua itu berlakon saja yang lebih. Sama saja seperti saya 2 X 5 tak tahu apa-apa pasal mesin.

Ada pelanggan yang dah mula beredar  ke gerai lain bila tengok mesin tebu gagal dihidupkan semula. Masing-masing dah gelabah…Kecuali budak yang saya upah tu.Seronok la dia..relaks dan tersengih..tak penat kupas kulit tebu.Gaji jalan jugak tu.Masa nak berbuka masih panjang. Nampak gayanya jangkaan keuntungan berniaga akan meleset..Silap-silap tak balik modal.

Ketika hati makin sayu memikirkan kerugian yang bakal ditanggung pada hari pertama berniaga di bulan puasa, ternyata masih ada rezeki dan keuntungan pada hari tersebut. 1 balang besar air soya panas yang dijual RM2 sebungkus telah pun sold out!Air soya tersebut menjadi penyelamat dunia.Sebabnya di atas meja hanya ada 2 balang air iaitu satu untuk air tebu dan satu lagi untuk air soya. Air-air lain?…Tak ada.Tak dijual sebab sangkaan awal saya dengan air tebu saja dah boleh untung banyak.

Dan hari pertama itu juga gerai kami ditutup paling awal…6.30 pm semua dah siap kemas!  Pak haji di gerai sebelah nampak happy kami tutup awal. Barulah dengan senang hati dia boleh berniaga. Kalau tak, menjeling juga dia bila dengar bunyi bising mesin tebu tu…Sorry pak haji, masalah teknikal.

 Mujur masih ada sedikit untung daripada hasil jualan air tebu (sebelum mesin rosak) dan air soya panas. Terubat juga penat lelah berniaga walaupun separuh jalan. Tapi itu semua pengajaran. Yang pastinya esok hari mesin tebu ni wajib dihantar semula ke kedai asal untuk buat medical check up. Atau pun esok perlu tukar strategi berniaga jika mesin tebu masih belum sihat.

Apa pula nak jual nanti? Air soya sahaja 2 atau 3 balang? Atau pun kena tambah air-air lain pula?..Hmmm, fikir kemudian la..Tunggu ilham daripada langit!…The End.

ps: Esoknya pagi-pagi lagi saya hantar mesin tebu tersebut ke kedai dan ceritakan kepada tokey kedai tersebut apa masalah yang terjadi semalam. Tokey cina tu masih relaks dan selamba. Sedikit pun tak goyang bila tahu mesin tebu brand new yang dijual, dah rosak. Ada harapan boleh dapat refund duit semula ni….

“Abang, u aaaa masa mula-mula isi petrol dalam enjin  aaaa, ada ka campur itu minyak hitam?Kena campur itu minyak sikit wooo baru mesin ngam tarak mati wooo! Nanti saya tunjuk aaaa.” Kata tokey kedai tu sambil masukkan minyak hitam ke dalam enjin mesin tebu. Dan mesin tebu tersebut kembali berfungsi dengan lancarnya..Tak ada semput-semput, asap pun kurang mencemarkan alam.. bunyi pun dah perlahan.

Saya buat-buat pandang awan nano…tak tahu pula nak kena letak minyak hitam dulu, ingatkan main pakai macam tu aje…hehe

    

3 thoughts on “Untung Jual Air Tebu Di Pasar Ramadhan Part 2

  1. Hai. Nak tny bleh?
    kat mne nak beli mesin tebu murah ye?
    Harap dapat membantu. :)

  2. kelakarlah ko ni.sebenarnya aku laki bini pun baru nak cari mesin tebu.kami pun nak cuba meniaga air tebu bulan-bulan posa ni.jeolous tengok asik org lain je yg kaut keuntungn bulan posa ni.masalahnya duit sikit.pening btul kpala.agak nye kira untung dalm mimpi je la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.