Tulis Tangan Kiri

Cara Dapatkan Tapak Bazar Ramadan/Berniaga Di Bazar Ramadan

4 Comments

2 bulan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan akan tiba. Segelintir insan menyambut kedatangan bulan puasa tersebut  dengan tak bermaya , lesu dan mengeluh panjang. Bukan tak suka tapi perut telah didiagnosiskan  oleh diri sendiri  ada simptom-simptom penyakit Gastrik Tahap 4!

Penyakit  berjangkit bermusim ini sangat membahayakan kesihatan perut kalau dibiarkan..Ia akan berdondang sayang menjerit-jerit laparkan nasi dan kari ayam mamak. Ia akan meminta-minta diisi sehingga sendawa kenyang di tengah hari!

Tapi majoriti umat di Malaysia menunggu  Ramadan dengan sukacita. Ibadah puasa akan dibuat dengan ikhlas dan sabar. Malamnya pula masing-masing bergegas ke surau untuk mengerjakan solat terawikh. Surau akan sesak dan penuh dengan jemaah. Kemakmuran surau atau masjid seperti ini tak terlihat kecuali di bulan ramadan sahaja..

Istimewanya Ramadan-Alhamdulillah.

Ketika post ini ditulis, sesetengah-setengah kawasan borang mohon sewa tapak di bazar ramadan sudah pun dibuka. Ada yang lebih awal. Jadi kepada sesiapa yang ingin berniaga di bazar ramadan tahun ini pastikan anda tidak ketinggalan tren komuter. Lambat bertindak semua tapak akan penuh!

Sedikit tip  dan cara-cara untuk mohon tapak bazar ramadan:

  1. Dah Ada Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan?…Pergi kursus dulu kalau belum. Nak berniaga makanan dan minuman WAJIB ada sijil tersebut. kalau tak permohonan akan direject. Kursus ini tak mahal..yuran rm50 sahaja. SIJIL valid selagi anda hidup (maknanya hanya perlu ikuti sekali sahaja).
  2. Suntikan Typhoid (TY)….Ini pun WAJIB juga.Boleh dapatkan injection dan surat/sijil pengesahan tu di Klinik swasta.Bukan free ya…berbayar. Mana ada benda percuma sekarang ni, betul tak?
  3.   Semak   lokasi bazar ramadhan yang anda idamkan, bayar borang RM3-5 dan isikan maklumat yang dikehendaki. Jangan lupa fotostat serta kepilkan sijil asas pengendalian makanan dan typhoid beserta foto anda yang cun tu!
  4. Ongkosnya bagaimana,  Bapak? Sudah tentu anda perlu membayar duit sewaan tapak selama sebulan iaitu  ada yang serendah RM50 dan paling tinggi RM600. No money No tapak!
  5. Dah dapat no. tapak dari PBT atau Penganjur Bazar Ramadan?….Tunggu bulan puasa tiba dan berniagalah dengan jujur. 


Kautlah untung dengan cara yang betul. Usahlah nanti anda pula terikut-ikut membuat pelarasan dan semakan harga barang yang anda niagakan pula.  Rasionalisasikan harga kuih pun kalau boleh jangan la ya! Kesian pembeli….

So, Selamat berjaya!
ps: Banyak sangat ke untung berniaga di bazar ramadan sampai orang ramai berebut-rebut nak dapatkan tapak?…Boleh jadi kaya macam Donald Trump tak bila  buat bisnes macam ni? Nantikan pembongkaran eksklusif di post akan datang!!… 

4 thoughts on “Cara Dapatkan Tapak Bazar Ramadan/Berniaga Di Bazar Ramadan

  1. Assalammualaikum,

    dekat mana nak ambil krusus pengendalian makanan tu?hanya makanan je kew?klu jual air boleh?atau jual kuih raya?sila PM saya kat rabbiatulhidayah@yahoo.com.

    terima kasih

    • Sekarang dah banyak tempat buat kursus tu…Tempat kursus masak2 dan bakeri pun ada buat.Taip ‘kursus pengendali makanan’ di internet utk tempat dan masa kursus yang up to date.Macam saya dulu di Kajang saja.Dekat dengan Kajang plaza Medical.

      Makanan dan minuman-wajib ada sijil tu.Baru boleh berniaga di pasar ramadan.

  2. macam mana dgn lesen? lesen jenis ap yg ptut sy buat ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.