Tulis Tangan Kiri

Resepi Air Soya Fresh 2011

15 Comments

Berita baik untuk  sesiapa yang nak cuba buat air soya di rumah… Nah, ambil resepi air soya fresh edisi spesel 2011! … Try buat  ikut cara yang mudah sesangat ni. Buat sendiri lagi sedap daripada beli tepi jalan atau yg dalam kotak..serius. Ada tempat kursus ajar buat air soya ni ambil masa sampai 2 hari. Kos pula ratus-ratus lemon. Sampai 600 RM pun ada..

Tapi kali ni saya bagi resepi percuma saja. Copy n  Print lah ikut suka hati..tak ada masalah pun. 

Resepi Air Soya

Bahan-Bahan:

 1 kg kacang soya

3 helai daun pandan

1 sudu teh garam

9 liter air

 

Bahan Air Gula:

1 kg gula

1 liter air

 

 Peralatan:

Mesin soya/ blender

Tapis teh tarik mamak/kain net putih

Bekas tapis plastik

1 periuk sederhana

1 bekas tong panas/hot container

Cara-cara:

Step 1

  • Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
  • Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Step 2

  • Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
  • Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.

Step 3

  • Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
  • Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Step 4

  • Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini  dengan sukatan 3 liter air sahaja.
  • Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

Step 5

  • Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
  • Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.

Step 6

  • Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
  • Tutup periuk. Kacau air soya  selang  10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
  • Masak  dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.

Step 7, 8,  ke 100 dan seterusnya…minumla..tunggu apa lagi. Dah ready n mantop dah tu!  Pati Soya ni sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih kaww. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

* Ini cuma 1 dari teknik buat air soya. Ada banyak lagi cara n teknik yg berbeza boleh dicuba.Lain orang lain kaedahnya. Teknik ini adalah yang paling simple n guna peralatan yang mesti semua orang dah ada di rumah.

Hmmm, nak tau cara buat tau fu fa yang sedap?…next time la ya….   


15 thoughts on “Resepi Air Soya Fresh 2011

  1. knape soya jadi berketul?? ape puncanye??

    • Air soya berketul2 tu dah basi …dah tercemar.so kena jaga kebersihan masa proses air soya.Step2 proses air soya pun kena betul, dari peringkat merendam kacang soya sampai ler air soya dah masak.

  2. ..kalau kita nak buat banyak,adakah kita kena gandakan jumlah air dan bahan2 lain?
    contohnya 5KG kacang soya

    • ya betul…kena gandakan tu..tapi biasanya kalau nak buat sampai 5kg atau lebih,kena guna mesin air soya. Lebih mudah dan cepat kerja kita.Buat guna blender pun boleh, tapi penat banyak laa..

  3. masa rendam tu air berapa liter kena guna ? kalau rendam kacang soya 1kg

  4. klu masak soya dlm kul 11 pg, agak2 tahan tak smpi kul 8 mlm. Camana nak elak air soya dr cepat basi?

    • Ya boleh…sampai pukul 11pm pun masih ok,kalau kena cara buat. Semua tu saya dah tulis dlm ebook bonus Panduan a-z Air Soya dan Taufufah Original Resepi.Step by step bergambar.Info lanjut Klik sini

  5. bila nak isi air gula?

  6. knape air soya buat warna nye kelabu x putih ea, mcm ner nak putih kan air soya 2, :•),,

  7. kenapa air soya tu berketul ketul masa masak…..bila dibiar akan kelihatan soya kat bawah dan ada air putih kat atasa,……macam soya tu larut kebawah air terapung kat atas…ibarat minyak dengan air….kalau soya basi mustahil sebab tengah masak jadi macam tu…adakah sebab terlebih masak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.