Tulis Tangan Kiri

Untung Sehari Penjual Air Tebu Pasar Malam

13 Comments

“Niaga pasar malam ni nak dapat untung setakat RM 200 sehari, mudah sangat. Kalau untung rendah daripada tu, baik tak payah niaga…Buat penat badan kau saja.” Itu pesan dan kata-kata azimat dari Abang Saad.

Dia penjual air tebu di pasar malam Kajang. Dalam seminggu dia berniaga di 4 lokasi berbeza. Dah hampir 12 tahun Abang Saad berniaga.  Katanya selepas saja kahwin dan dapat anak pertama, dia dah mula cuba-cuba berniaga. Langsung lekat sampai hari ini.

“Seronok berniaga ni…kita jumpa macam-macam ragam orang. Yang paling seronok sebab kita dapat duit cash time tu juga. Poket sentiasa ada isi. Tak la duduk termenung tunggu hari gaji. Lagipun gaji abang kerja masa siang tak tinggi mana pun. Baik buat bisnes part time.” Abang Saad sambung cerita lagi dan lagi.

Saya terus menadah telinga. Menyedut aura dan pengalaman berharga daripada Abang Saad. Dewan kuliahnya cuma tapak pasar malam yang terbuka, Pakarnya pula seorang penjual air tebu berumur awal 40 an. Dia memberi tips dan nasihat bersilibuskan pasar malam yang tiada di dalam ¬†buku teks atau buku rujukan yang mahal-mahal. Belajar secara tak formal begini, ilmunya tak ternilai. Tak perlu yuran bulanan atau pinjaman PTPTN untuk timba pelajaran! Syukur…

Saya tinggalkan Abang Saad dan gerai air tebunya dengan hati yang puas… Saya tak tahu banyak mana dia untung dengan jual air tebu pada hari itu. Pelanggan memang tak putus-putus datang membeli. Bekas tin duit di atas meja penuh dengan not RM 10 dan RM 1. Dia pula penjual air tebu tunggal di pasar malam itu.

“Untung lebih daripada RM 200 …Nah, air tebu 1 jug free.” Pendek jawapan Abang Saad sambil hulur 1 plastik (bersamaan 1 jug) air tebu pada saya. Dia senyum..

‘Rasuah’ air tebu tak nak bagi saya tanya lebih-lebih la tu..hehe..

13 thoughts on “Untung Sehari Penjual Air Tebu Pasar Malam

  1. kena tukar profession ni =)
    jom join contest senang ni. hadiah sehingga RM230

  2. will join yr contest when free sikit..
    tq joegrimjow

  3. sekarang ni dah ada ebook kalau nak belajar niaga di pasar malam

  4. assalamualaikum, boleh kenalkan sy dengan “abg saad” dalam artikel di atas? sy berminat untuk berguru untuk menjual air tebu di pasar malam, banyak ilmu ingin sy pelajari. sy akmal dari johor bahru, lepasan uitm yang baru sahaja tamat pengajian. alhamdullilah, kini sy nak ringan kan beban makbapak sy dengan berniaga sementara tunggu panggilan kerja. sy berharap sgt dapat berguru dengan seseorang yang pakar dalam berniaga pasar malam mcm “abg saad”. ini emel sy irfan_dashination@yahoo.com dan ini pula no fon sy, akmal 0177307828. harap encik dapat membantu..wassalam

  5. salam mixzan,
    nama saya sham dari kl, saya pun berminat untuk mendapat ilmu2 bisnes air tebu dari abg saad, ini email saya : mr.tapai@yahoo.com… wassalam!

    • Sham,

      Abang Saad tu dah stop jual air tebu.Dah stop bisnes pun.Dah lama dah…Sham buat kawan dengan mana-mana peniaga air tebu tepi jalan,lepas tu tanya la pasal bisnes.Doirang ni ok dan sempoi punya..

      • salam mixzan,
        oic… abg saad rupanye dah pencen niaga, nape ye?… saya ada cuba try tanye ada le sorang bro tu jual air tebu tepi jalan, agk lama dia dah niaga… tanya skit2 jenis tebu, bekalan mana dapat etc… tapi cara dia jawab acuh x acuh je… ingat nak tanya lebih lanjut, tapi x jadi… buat muka serius je… agaknya dia fikir mungkin saya ni akan jadi pesaing dia agaknya…

  6. Dia nak rehat la kot…Meniaga air tebu tu just bisnes part time…Kalau yang muka ketat tu tak boleh buat apa2 la kan…

  7. Kat sini ada niaga Pearl Milk Tea pasar malam
    kalau berminat boleh call 0126031723

  8. nak tebu saya jual boleh kol 0124351944

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.